• BUANG EGO •
Dia tak suka lagu cinta dalam playlist!!!
Katanya terlalu lembut, tak keras macam hidup itu
Katanya tak kena rasa, tak kena jiwa
Tapi siapa dia nak tentukan isi kepala?
Aku dengar melodi tentang kasih dan harapan
Tentang manusia mencari jalan keamanan
Dalam dunia penuh bising dan pertengkaran
Aku pilih damai daripada kebencian
Tak semua hati nak hidup dalam marah
Tak semua lagu perlu penuh amarah
Kalau kau tak suka, teruskan langkah
Jangan paksa dunia ikut arah
Jangan BISING SANA SINI, buang ego
Setiap jiwa ada cerita yang berbeza, bro
Aku suka cinta, keamanan dan kedamaian
Itu yang hidup dalam nadi dan perasaan
Jangan BISING SANA SINI, buang ego
Tak perlu jadi hakim atas RASA KAU BETUL
Kalau lagu itu menyatukan insan
Mengapa perlu cari alasan?
Tiba bunyi berdentum, gitar menjerit kuat
Tapi mesej dalam hati tetap tak pernah lewat
Kasih bukan lemah, damai bukan kalah
Memaafkan manusia perlukan jiwa yang gagah
Aku tak malu kalau lagu cinta bermain
Di tengah riff berat dan rentak yang lain
Kerana keamanan bukan sekadar mimpi
Ia bermula dalam diri setiap insani
Hey!
Kau ada selera, aku pun ada
Kau ada suara, aku pun sama
Tak perlu hina apa yang didengar
Muzik dicipta untuk menyebar sinar
Buang ego!
Buang benci!
Biar muzik jadi bahasa hati!
Tak kira rock, rap atau melodi cinta
Kita semua manusia di bumi yang sama!
Jangan BISING SANA SINI, buang ego
Biarkan irama bergerak ikut flow
Aku pilih cinta, keamanan dan kedamaian
Kerana dunia dah cukup dengan permusuhan
Jangan BISING SANA SINI, buang ego
Tak semua perlu hidup dalam bayang
Kalau lagu ini buat hati bersatu
Angkat tangan tinggi, kita nyanyi bersama !
Damai...
Cinta...
Keamanan...
Lagu muzik semua ada jiwa!!!
• LAGU / LIRIK : KEMBARA BINTANG ( HYBRID ) •
This site uses cookies to deliver our services and to show you relevant ads and job listings.
By using our site, you acknowledge that you have read and understand our Cookie Policy,
Privacy Policy, and our Terms of Service. Your use of our Products and Services,
including our Network, is subject to these policies and terms.