SELEK-Eh! mengisahkan tentang perasaan marah kepada budaya pilih bulu yang berleluasa di Malaysia. Lagu ini menampilkan sample La Campanella yang merupakan muzik klasik dari luar negara dan turut menyuntik elemen jazz ke dalam elemen hip hop. Ia merupakan sindiran terhadap individu yang selalu merasakan dirinya berada di atas, padahal setiap apa yang berada di atas boleh jatuh terduduk. Lagu ini merupakan single ketiga untuk era baru Rafael Remy yang bereksperimentasi dengan muzik r&b dan hip hop selepas agak dikenali melalui lagu balada.
This site uses cookies to deliver our services and to show you relevant ads and job listings.
By using our site, you acknowledge that you have read and understand our Cookie Policy,
Privacy Policy, and our Terms of Service. Your use of our Products and Services,
including our Network, is subject to these policies and terms.