SELIMUT TERAKHIR – LUQH
Lagu ini kisah benar. Enam tahun bersama, satu cinta yang dijaga sejak muda. Bila nama dipanggil untuk pergi jauh, dia menghulurkan sehelai selimut dan berpesan supaya ditunggu. Setiap malam selimut itu dipeluk, membawa hangat kasih dari jauh.
Tapi hangat itu rupanya cuma pinjaman. Ketika jauh, hatinya sudah beralih kepada orang yang paling dekat dengannya. Bila pulang, mereka bertemu di bawah pohon, dan dia memulangkan semua kenangan, termasuk sebentuk cincin, tanpa sepatah kata.
Tahun berlalu. Dia menemui pelabuhan hatinya, dan aku membawa diri ke rantau jauh, belajar melupakan. Kini bila bersua, tiada lagi benci, cuma segan untuk menyapa.
Selimut itu masih disimpan. Bukan kerana masih menunggu, tapi kerana ia mengajar bahawa cinta itu indah, walau ada luka.
Penyertaan untuk Lagu AI Bitter Sweet Love Contest anjuran Riz Nasrie.
Cerita & Lirik: LUQH
Lagu & Vokal: dihasilkan dengan AI
Video: dihasilkan dengan AI
#BitterSweetLoveContest #LaguAI #SelimutTerakhir #LUQH #LaguSedih #LaguMelayu
Please login to comment