Fir-Ounce (PLAN B)
(Lyric)
Chorus
Firaun,
Mahkota serupa,
Dulu mengaku tuhan,
Lidah berkata indah,
Firaun tak lenyap.
Verse 1
Dahulu Firaun angkat diri sebagai Tuhan
Istana tinggi dibina dari derita insan
Suara rakyat ditutup, kebenaran dipenjara
Siapa melawan kuasa, hilang tanpa bicara
Tak suka ditegur, benci pada nasihat
Cermin ditutup rapat, takut lihat hakikat
Undang-undang keras pada yang tiada pangkat
Lembut pada yang duduk di singgahsana berdaulat
Chorus
Firaun,
Mahkota serupa,
Dulu mengaku tuhan,
Lidah berkata indah,
Firaun tak lenyap.
Verse 2
Hari ini wajah baru, cara lama berulang
Janji manis ditabur, hak rakyat terbuang
Media diperalat, puji jadi irama
Yang bersuara benar dicop penderhaka
Bina monumen ego setinggi piramid
Nama diukir megah, walau jiwa makin sakit
Kerusi kuasa lebih mahal dari nyawa
Asal tampuk terjaga, keadilan digada
Firaun rebah kerana angkuh tak bertepi
Laut terbelah jadi saksi janji Ilahi
Sejarah bukan kisah untuk ditertawa
Ia amaran keras buat yang mabuk kuasa
Chorus
Firaun,
Mahkota serupa,
Dulu mengaku tuhan,
Lidah berkata indah,
Firaun tak lenyap.
Verse 3
Namun cahaya hidup dalam keberanian
Seperti Musa bangkit lawan kezaliman
Satu suara jujur lebih berat nilainya
Dari istana besar penuh dusta dan bangga
Jika pemimpin mendengar, bukan sekadar memerintah
Jika jawatan amanah, bukan alat megah
Maka sejarah tak perlu mengulang luka
Firaun tinggal kisah, bukan nyata di dunia
Chorus
Firaun,
Mahkota serupa,
Dulu mengaku tuhan,
Lidah berkata indah,
Firaun tak lenyap.
Bridge
Kuasa tanpa amanah adalah bala
Bila lupa asal-usul, musnah menanti masa
Rakyat bukan bidak di papan kuasa
Suara mereka doa, mampu runtuh singgahsana
Yoo..
Please login to comment